Posts

Showing posts from December, 2010

HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH DAN NGANKUNG

Image
KLAKOR

DRIFT KING DARI JAPAN

HEBAT ....


KERETA TERHEBAT

Image

MALAYSIA 2-0 VIETNAM...PIALA SUZUKI AFF 2010

SYARAT-SYARAT WUDHU’

Image
SYARAT-SYARAT WUDHU’
Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.
Syarat Wajib Wudhu’
1. Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi. 5. Berlakunya hadath. 6. Suci daripada haidh dan nifas. 7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.
Syarat Sah Wudhu’
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal. 2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’. 3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya. 4. Masuk waktu sembahyang bagi ora…

PENGERTIAN WUDHU'

Image
PENGERTIAN WUDHU’,
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
HUKUM WUDHU’
Hukum wudhu’ adalah seperti berikut: 1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya. 2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan …

HUKUM KAHWIN GUNE DUIT LOAN dan ISTERI BEKENG

HUKUM TENGOK WAYANG...

Image
DI COPY DARI PAGE LAM FACEBOOK...

ya ALLAH,moga note ku ini dpt merungkai masalah  aku dan sahabat2ku mengenai hukum tgk wayang ..
~~wayang????~~ sememangnya  satu bentuk hiburan yg HOT pd masa kini.. tp adakah kita aware dgn pelbagai pendapat mengenai hukum tgk wayang??? sblm ini pon,saya masih tertanya-tanya  apakah hukumnya..akan tetapi  saya telah diajar dgn mengatakn hukum tgk wayang itu HARAM..
tp kenapa??? mengikut pendapat ustaz saya...sesungguhnya di situlah tempat berhimpunannya segala maksiat disitu...maklumlah suasana yg gelap menginduce lg mereka utk berkelakuan tidak senonoh(Nauzubillah)
namun, terdapat pelbagai pihak yg berkata,"ak tgk wayang sbb nk release tension dan bknnya nk wat benda tak bermoral tue"...itulah kata kebanyakan org.. malah... ade yg berkata"bagaimana kalau saya tengok wayang bersama family???" adakah hukumnya masih HARAM!!!
wallahu'alam~~

maka pada hari ini,saya terpanggil utk BERKONGSI pendapat oleh Syeikh Dr Yusuf al-QaradhawI (u…

CIRI-CIRI CALON PENGANTIN DAN KENDURI KAHWIN PART3 - USTAZ AZHAR

Ciri-ciri bakal suamiberiman & bertaqwa kepada Allah s.w.tbertanggungjawab terhadap semua bendamemiliki akhlak-akhlak yang terpujiberilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benartidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainyarajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.Ciri-ciri bakal isteriberiman & solehahrupa paras yang cantik dan elokmemiliki akhlak-akhlak yang terpujimenentukan mas kahwin yang rendahwanita yang suburmasih daraberasal dari keturunan yang baikbukan keturunan terdekattidak memandang harta semata-mata

HUKUM KAHWIN DALAM ISLAM DAN KENDURI KAHWIN PART2 - OLEH USTAZ AZHAR

Hukum Perkahwinan Dalam Islam

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepada bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinanMakruhkepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuatHaram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkua…

KENDURI KAHWIN PART 1 - USTAZ AZHAR

samb... PERISTIWA SEBELUM DIANGKAT MENJADI RASUL

6.Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkahdalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalamgejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlisperkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersamakaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermainjudi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat. 7.Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabahmenjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkandindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya danmemper…

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

Image
A) Peristiwa-peristiwa Sejarah Riwayat-riwayat yang sabit berkenaan kehidupan Baginda s.a.w. sebelum diutuskan sebagai Rasul menunjukkan kepada kita beberapa hakikat berikut: 1.Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisypula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memilikikedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a.,daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah mencipta  makhluk ini, lalu  Dia menciptakan akudaripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka(manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan diantara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia menelitipemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia  menciptakan aku daripadasebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baikkeluarga (Bani Hasyim…

SEJARAH RASUL ALLAH...NABI MUHAMMAD

USIA Abd'l-Muttalib sudah hampir mencapai tujuhpuluh tahun atau lebih tatkala Abraha mencoba menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba. Ketika itu umur Abdullah anaknya sudah duapuluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikawinkan. Pilihan Abd'l-Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahb bin Abd Manaf bin Zuhra, - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat. Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. Ia dengan anaknya menemui Wahb dan melamar puterinya. Sebagian penulis sejarah berpendapat, bahwa ia pergi menemui Uhyab, paman Aminah, sebab waktu itu ayahnya sudah meninggal dan dia di bawah asuhan pamannya. Pada hari perkawinan Abdullah dengan Aminah itu, Abd'l-Muttalib juga kawin dengan Hala, puteri pamannya. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, paman Nabi dan yang seusia dengan dia. Abdullah dengan Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai …

KEBESARAN - NYA

RUKUN SOLAT

Image
RUKUN SOLAT
Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.


3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah :
Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri. Melafazkan takbir denga…

SYARAT SAH SOLAT

Image
SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut: 1. Suci daripada hadath kecil dan besar. 2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.4. Menutup aurat.5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).

SYARAT-SYARAT SOLAT

Image
SYARAT-SYARAT SOLAT

Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.






SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:1. Beragama Islam.2. Baligh.3. Berakal. 4. Suci daripada haidh dan nifas.5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.